Sedap-sedap dia orang membuta,... kami pula bercengkang mata!...Apapun cayalah RELA!...sebelah kanan aku lah tu...segak kan?...maaf cakaplah!
Saturday, June 5, 2010
0166 SEDIA BERBAKTI!
Azam Kelab Kompang
Terpanggil juga aku untuk "tiptop"kan kelab kompang aku sempena awal tahun yang mulia ini. Tentunya aku maju setapak lagi dengan memperhebatkan bentuk paluan. Aku pahatkan kumpulan bimbingan aku dengan slogan jawa " Ayuh Mentung Seng Tenan, Men Kabih Wong Kilingan".
Awal Muharram 1431H
Awal Muharam menjelang kembali. Apa yang bermakna ialah kehadiran tahun baru ini menyuburkan tekad buat diriku untuk memperbaiki diri. Saat ini juga aku tanamkan keazaman yang tinggi untuk mencari kebahagiaan hidup disamping mencari keredhaan Ilahi.
PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM
1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
PERTANDINGAN KOMPANG FORMASI DAERAH KLUANG
Assalamualaikum..
Penyertaan Kumpulan Kompang saya di Peringkat Daerah Kluang yang diadakan di SK Bandar T6, Kluang pada tahun ini telah mencatat sejarah buat kali pertama iaitu sekolah kami mendapat tempat yang ke-3. Alhamdulillah, di atas usaha saya memimpin kumpulan ini dan menaikkan nama sekolah telah berjaya..
SALAM PERKENALAN
Salam ukhwah daripadaku. Didoakan kepada semua rakan sentiasa ceria. Semoga blog ini memberi sedikit ruang berkongsi maklumat. Harapanku agar perkongsian ini memberi manfaat sebagai ilmu berguna. Disematkan juga sedikit kata-kata hikmahku buat semua,''Selagi Bergelar Manusia, Malaikat Tidak Berhenti Mencatat".
Friday, June 4, 2010
AYAT MAJMUK PANCANGAN
“ Menurut Abdullah Hassan (2008), Ayat majmuk pancangan didefinisikan sebagai menggabungkan dua atau lebih klausa. Klausa- klausa itu tidak sama taraf. Dalam ayat majmuk yang dihasilkan, perlu ada klausa utama dan juga perlu ada klausa, atau klausa- klausa pancangan. Klausa pancangan itu disisipkan ke dalam klausa utama.
Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama (ayat induk) dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.
Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubung seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.
Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu :-
1) Ayat Relatif
2) Ayat Komplemen
3) Ayat Keterangan.