Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Friday, June 4, 2010

AYAT MAJMUK PANCANGAN

“ Menurut Abdullah Hassan (2008), Ayat majmuk pancangan didefinisikan sebagai menggabungkan dua atau lebih klausa. Klausa- klausa itu tidak sama taraf. Dalam ayat majmuk yang dihasilkan, perlu ada klausa utama dan juga perlu ada klausa, atau klausa- klausa pancangan. Klausa pancangan itu disisipkan ke dalam klausa utama. Ada tiga kaedah Klausa pancangan itu disisipkan ke dalam Klausa utama “.

Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama (ayat induk) dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.

Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubung seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.

Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu :-

1) Ayat Relatif

2) Ayat Komplemen

3) Ayat Keterangan.

0 comments:

Post a Comment